MuTiaRa KaTa

Kemahuan Sangat Penting Kerana Aksi dan Kerja Biasanya Mengikut Kemahuan, Dengan Kemahuan Kita Membuka Pintu Kearah Kejayaan-LOIUS PASTEUR

Selamat Tahun Baru Cina

Unit Bimbingan Dan Kaunseling 
SMK Tenang Stesen, Segamat Johor

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dan Penganut Agama Buddha khasnya pelajar-pelajar SMK TENANG STESEN.


 Gong Xi Fat Cai



Kepada semua warga sekolah, admin mengucapkan selamat bercuti. Jaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang cuti ini. Happy Holiday
TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

ViRus YanG MemBaraH

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. 

Virus?? Barah?? Apakah?? Alhamdullilah hari ini, admin terpanggil nak berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan yang admin perolehi hasil daripada menghadiri seminar keibubapaan. Pada hari selasa 05.02.2013, dua hari yang lepas. Admin dan beberapa orang guru menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia dan seminar sangat mengujakan admin sebenarnya. Isu yang diketengahkan dalam seminar ini adalah berkaitan ancaman utama kepada agama dan negara iaitu LGBT. Mungkin ramai yang tak pernah tahu apakah itu LGBT. Jadi admin nak sharing sikit isu ini sebelum admin pergi lebih mendalam nanti. 
L -lesbian iaitu amalan seks songsang dan luar tabi'i di antara wanita dengan wanita, menghalalkan musahaqah.

G-Gay iaitu seks songsang dan luar tabi'i dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks, menghalakan amalan liwat dan homoseksual.

B- Biseksual iaitu amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kawin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain dan menghalalkan penzinaan.

T-Transgender iaitu amalan songsang luar tabi'i untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki) termasuk amalan menukar jantina. 

Anak-anak pelajar sekalian, amalan LGBT ini sebenarnya telah membarah dalam kalangan masyarakat. Kadang kala ada dalam kalangan masyarakat sekitar kita, kawan-kawan kita atau sanak saudara kita yang terjebak dalam gejala seperti ini. Namun kita tidak menyedarinya dan ada pula yang menyedarinya namun tidak mengambil peduli. Penyakit ini akan memberi kesan kepada manusia sejagat walaupun bukan berpunca daripada diri kita sendiri.

Simptom-simptom LGBT

Lesbian
1. Menunjukkan ketertarikan pada wanita
2. Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya
3.  Lebih suka berteman untuk tidur, makan dan kemana-mana dengan pasangan wanita.
4. Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki

Gay  
1. Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless)
2. Suka memakai baju ketat dan 'fit' mengikut tubuh badan dengan warna yang terang.
3. Lebih cenderung dan minat pada lelaki
4.Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan.    
  
Hakikatnya terdapat banyak cara untuk membantu pengamal LGBT kembali ke pangkal jalan. Antaranya adalah : 
1. Kekosongan jiwa diisi dengan PEMANTAPAN JIWA
2. Jauhi godaan iblis, dekatkan diri kepada ALLAH
3. Zikir '5 UBAT HATI'
    - Baca Al-Quran
    - Solat Malam
    - Berkumpul dengan orang-orang soleh
    - Berpuasa
    - Zikir

Kepada semua pembaca, admin harap sedikit pengetahuan ini akan membantu anda dan rakan-rakan anda yang mempunyai permasalahan ini agar dapat merungkaikannya dengan saluran yang betul. Sesungguhnya insan-insan terpilih ini jika ia kembali ke jalan yang lurus, besar kenikmatannya. Kepada sesiapa yang ingin bimbingan lanjut atau pengetahuan yang lebih jelas boleh terus berhubung ke UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TENANG STESEN. In shaa ALLAH admin akan cuba membantu merungkaikannya. 

"Ya ALLAH aku berlindung kepada-MU daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-MU daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-MU dari beban hutang dan penindasan orang" AMIN 
          
 
TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

Bengkel Teknik Menjawab Dan Tips Peperiksaan


Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lalu, satu program kecemerlangan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penyertaan pelajar dan kerjasama guru sangat memuaskan hati admin. Terima kasih semua.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya. Admin menerima pelbagai respon positif daripada pelajar. Admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. A. Ganesh a.k.a CR kerana beliau telah berjaya menarik minat para pelajar melalui gaya penyampaian beliau. Pelajar tidak menunjukkan tanda-tanda kebosanan malah begitu ceria sepanjang program berlangsung.

Kebanyakkan pelajar berminat untuk menyertai seminar yang selanjutnya di UITM Segamat pada 24 Mac 2012. Ini membuktikan para peserta program pada hari jumaat lalu berminat dan bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu demi meningkatkan kecemerlangan akademik.

Syabas dan tahniah buat semua pelajar PMR dan SPM. Anda selangkah kehadapan menuju kejayaan.

U I LOVE


SESI 1 ( Pelajar PMR)


Tekun adik-adik ini mendengar
Keinginan untuk cemerlang


Bakal pelajar cemerlang

usaha seorang pelajar

Catatan seorang pelajar

Sesi 2 (Pelajar SPM)

Para Pelajar SPM 2013



Tekun mencatat butir bicara penceramah

Perasaan ingin tahu yang mendalam di wajah mereka
 
'Take Note'
Tahniah bang'
'Semoga berjaya kakak'
1 Malaysia
Gaya penceramah yang santai dan ceria


TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

SegaLa KandungaN Blog iNi adaLaH hak milik Admin. Idea dan KreaTiviti KanduNgan Blog adalah Gabungan bersama Individu yaNg diNyataKaN