MuTiaRa KaTa

Kemahuan Sangat Penting Kerana Aksi dan Kerja Biasanya Mengikut Kemahuan, Dengan Kemahuan Kita Membuka Pintu Kearah Kejayaan-LOIUS PASTEUR

Orientasi Pelajar Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Alhamdullilah perjalanan program orientasi pelajar baru berjalan dengan lancar selama tiga hari bermula pada 2 - 4 Januari 2013 iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat. Tahniah kepada semua jawatankuasa yang terlibat sepanjang minggu orientasi berjalan. Semoga usaha baik kalian diberkati oleh ALLAH.

Kepada semua pelajar baru Peralihan dan tingkatan 1 admin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SMKTS. Semoga anda terus maju dan berjaya mencipta kecemerlangan di SMKTS. Manakala buat pelajar tingkatan 4 selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. Semoga anda terus sukses demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Pelajar Tingkatan 4


Pelajar Tingkatan 1


Ice breaking 

Taklimat daripada GPK Pentadbiran berkaitan kurikulum

Taklimat daripada GPK Kokurikulum berkaitan kokurikulum

Slot bersama kaunselor pelajar


Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari orientasi berjalan, namun admin mohon maaf kerana tidak dapat memaparkan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung. Ini disebabkan masalah teknikal dan admin janji selepas ini apa jua program yang dijalankan oleh UBK SMKTS akan didokumentasikan dengan lebih baik. 

Akhir kalam, selamat menempuh sesi persekolahan 2013 kepada semua putera dan puteri SMK Tenang Stesen. Semoga anda menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin

TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

No comments:

Post a Comment

SegaLa KandungaN Blog iNi adaLaH hak milik Admin. Idea dan KreaTiviti KanduNgan Blog adalah Gabungan bersama Individu yaNg diNyataKaN