MuTiaRa KaTa

Kemahuan Sangat Penting Kerana Aksi dan Kerja Biasanya Mengikut Kemahuan, Dengan Kemahuan Kita Membuka Pintu Kearah Kejayaan-LOIUS PASTEUR

Orientasi Pelajar Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Alhamdullilah perjalanan program orientasi pelajar baru berjalan dengan lancar selama tiga hari bermula pada 2 - 4 Januari 2013 iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat. Tahniah kepada semua jawatankuasa yang terlibat sepanjang minggu orientasi berjalan. Semoga usaha baik kalian diberkati oleh ALLAH.

Kepada semua pelajar baru Peralihan dan tingkatan 1 admin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SMKTS. Semoga anda terus maju dan berjaya mencipta kecemerlangan di SMKTS. Manakala buat pelajar tingkatan 4 selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. Semoga anda terus sukses demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Pelajar Tingkatan 4


Pelajar Tingkatan 1


Ice breaking 

Taklimat daripada GPK Pentadbiran berkaitan kurikulum

Taklimat daripada GPK Kokurikulum berkaitan kokurikulum

Slot bersama kaunselor pelajar


Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari orientasi berjalan, namun admin mohon maaf kerana tidak dapat memaparkan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung. Ini disebabkan masalah teknikal dan admin janji selepas ini apa jua program yang dijalankan oleh UBK SMKTS akan didokumentasikan dengan lebih baik. 

Akhir kalam, selamat menempuh sesi persekolahan 2013 kepada semua putera dan puteri SMK Tenang Stesen. Semoga anda menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin

TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

UsaHa KeRas

Alhamdullilah, admin semakin serius menambah baik blog ini. Admin berusaha keras sebenarnya, walaupun segala otot-otot hampir kejang menghadap lappy ini. Yes teruskan usaha dan semangat demi anak didik tercinta. Chewah! Actually admin sedaya upaya nak blog ini diwujudkan. Selain meng'update' segala aktiviti Unit Bimbingan Dan Kaunseling, aktiviti PRS dan Kelab Kaunseling. Admin berharap putra putri SMKTS dapat manfaat daripada blog ini. Sekurang-kurangnya setiap kali online facebook, twiter, instagram dan lain-lain website, dapatlah kiranya putra putri sekalian view blog ini. Satu entry sehari pun sudah cukup berbaloi. Sekarang admin tunggu untuk upload gambar orientasi tempoh hari. Selepas dari itu, admin akan post entry berkaitan kemahiran belajar. Jadi pada semua calon PMR dan SPM SMKTS, harapan kami warga sekolah sangat besar pada anda. Sila manfaatkan kemahiran belajar yanga admin post ye. Semoga anda dapat mencipta kecemerlangan untuk diri, keluarga dan sekolah. In Sha ALLAH.Sekian.

U I LOVE


TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

Selamat Datang Ke Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Tenang Stesen, Segamat Johor

Alhamdullilah! Finally dapat juga celik akal untuk mewujudkan blog ini bagi tatapan semua putra dan putri SMK Tenang Stesen, Segamat. Kami berharap usaha penghasilan blog ini akan membuka perspektif baru kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tenang Stesen. Kami sedaya upaya akan berusaha memuat naik pelbagai info demi membantu kecemerlangan pelajar. Semoga semua putra dan putri SMK Tenang Stesen dapat memanfaatkan blog ini sebaik mungkin. Pelancaran blog ini akan dibuat dalam masa sebulan dari tarikh hari ini iaitu 10.01.2013. 

Kami membuka peluang kepada semua putra dan putri SMK Tenang yang berminat untuk menyumbang artikel atau apa sahaja karya mahupun pendapat terus berhubung dengan kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling atau melalui email ubksmktenangstesen@gmail.com. Semoga segala usaha kita bersama akan membuahkan hasil yang positif demi kecemerlangan sekolah. 

Sekian, salam sayang daripada Kaunselor Anda

U I Love
TeRiMa KasIH KeraNa Membaca Entry Ini. KaLaU suka Sila Like..like..like

SegaLa KandungaN Blog iNi adaLaH hak milik Admin. Idea dan KreaTiviti KanduNgan Blog adalah Gabungan bersama Individu yaNg diNyataKaN